Mikroekonomi, Mustazar Mansur, 9789672711018
- Regular price
- RM 14.00
- Sale price
- RM 14.00
- Regular price
-
RM 14.00
Share
Buku Mikroekonomi ini telah ditulis dan disusun secara khusus bagi membantu para pelajar Tingkatan 6, Asasi, Diploma, IPT dan IPTS agar dapat mengenali dan memahami konsep asas Mikroekonomi. Mikroekonomi menumpukan kajian dalam tingkah laku setiap unit yang terdapat dalam ekonomi iaitu pengguna, pekerja, pengeluar, kerajaan atau mana-mana individu yang memainkan peranan dalam operasi ekonomi masyarakat. Mikroekonomi juga mengkaji bagaimana pengguna dan pengeluar membuat keputusan secara individu serta menganalisis interaksi antara keputusan individu yang banyak memberi kesan kepada pasaran dan keseluruhan ekonomi. Buku ini merangkumi konsep asas Mikroekonomi berserta contoh semasa yang dibangunkan hasil daripada dapatan penyelidikan oleh pengarang. Buku ini juga menerangkan pendekatan yang seimbang terhadap teori dan aplikasi ekonomi. Terdapat 12 bab yang disusun dalam buku ini iaitu pengenalan, permintaan dan penawaran, penggunaan model permintaan dan penawaran, pilihan pengguna, penggunaan teori pengguna, firma dan pengeluaran, kos, pasaran persaingan sempurna, aplikasi model persaingan, monopoli, oligopoli dan monopolistik serta amalan perletakan harga. Seramai 13 orang pensyarah daripada Fakulti Ekonomi dan Pengurusan telah terlibat dalam penghasilan buku Mikroekonomi ini. Kesemua pensyarah ini terdiri daripada pensyarah yang berpengalaman dan berketrampilan dalam bidang ekonomi.