Kursus Integriti dan Anti Rasuah
- Regular price
- RM 7.48
- Sale price
- RM 7.48
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Hadijah Ahmad
Limpahan syukur ke hadrat Allah SWT dan rantaian kash kepada Nabi Muhammad S.A.W sebagai umanya yang hina dan lemah ini kerana memberikan kudrat untuk menghasilkan buku Kursus Integriti dan Antirasuah (KIAR).
KIAR ditawarkan disemua peringkat pengajian sama ada Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda dan dilaksanakan di seluruh Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia. Buku ini dihasilkan dengan semangat dan inspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menggembeleng tenaga memberi kefahaman yang mendalam berkaitan isu rasuah.
Buku ini dapat dijadikan panduan kepada semua pelajar dengan 10 bab utama yang telah digariskan oleh KPT. Setiap bab dikupas dengan komprehensif berdasarkan penyelidikan terkini daripada kajian pengkaji dari seluruh dunia dan disesuaikan mengikut skop dan lensa pelajar di Malaysia.
Buku ini adalah material pengajaran dan pembelajaran (PnP) yang inovatif dengan pelbagai aktiviti yang tidak membosankan. Sesuai dengan matlamat subjek ini dengan implementasi 'experiential based learning', pelbagai kaedah PnP yang dintegrasikan seperti perbincangan, main peranan (role play), kajian kes, peta minda, peta konsep serta mencari perkataan yang tersembunyi. Setiap bahan PnP ini direka khusus supaya penerapan integriti dan anti rasuah dalam subjek ini mengakar dalam sanubari individu.
Selain daripada itu, buku ini turut dilengkapi dengan soalan yang menguji kefahaman iaitu soalan berbentuk objektif dan soalan semi-struktur esei.
Dalam mengikut arus perubahan teknologi, buku ini juga menyediakan bahan dalam bentuk scan QR code supaya pengajar boleh menggunakan platform kolaboratif seperti google jamboard, padlet, Canva dan lain-lain platform. Reka bentuk buku ini adalah eksklusif dalam melengkapi pengembaraan pelajar memahami isu rasuah, perundangan, bentuk-bentuk kesalahan, akta yang terlibat, jenis-jenis jenayah, agensi penguatkuasaan integriti, peranan institusi sosial dan pelbagai topik yang menarik.
Semoga buku ini dapat memberi manfaat kepada umat sejagat dengan memperkasa individu berpengetahuan, berintegriti, bertanggungjawab dan beretika. Akhir kalam, sekalung penghargaan terhadap pihak-pihak yang terlibat dalam penghasilan buku ini yang diinisiatifkan daripada sumber primer iaitu:
• Bahagian Keemerlangan Akademik, JPT
• JK Strategik
• JK Teknikal dan Pembangunan KIAR di IPT
• PenMas SPRM Putrajaya
• PenMas SPRM Pahang