Kaedah Penyelidikan Buku 1, Edisi Keempat , Chua Yan Piaw
- Regular price
- RM 55.00
- Sale price
- RM 55.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
9789670761497, Chua Yan Piaw
McGraw-Hill
Buku Kaedah Penyelidikan, Edisi Keempat ini mengandungi 20 bab yang memuatkan tujuh bahagian iaitu asas penyelidikan, reka bentuk penyelidikan, pensampelan, pengukuran, instrumentasi, reka bentuk kaedah campuran dan format penulisan laporan. Dua bab baru yang telah ditambah kepada buku ini ialah Bab 4 Rangka Penyelidikan dan Bab 19 Reka Bentuk Kaedah Campuran. Selain itu, penambahbaikan dilakukan kepada setiap bab yang sedia ada, supaya semua bab tersebut dapat memberi maklumat yang lebih lengkap dan terkini.
Buku ini dapat dijadikan rujukan oleh para penyelidik ketika mereka menjalankan dan melaporkan penyelidikan mereka. Ia merupakan panduan yang praktikal bagi mereka yang terlibat dalam penyelidikan. Ia merangkumi hampir semua aspek metodologi penyelidikan dan merupakan alat pengajaran dan pembelajaran yang berguna untuk kursus yang berkaitan dengan penyelidikan di peringkat sarjana dan pasca siswazah. Buku ini dapat menjadi rujukan dan panduan yang berguna kepada para pembaca dari pelbagai bidang dan peringkat dalam usaha merealisasikan matlamat dan hasrat mereka melalui aktiviti penyelidikan dan pembangunan kendiri, serta mempertingkatkan mutu penyelidikan dalam negara.